Wednesday, 11 January 2012

Kaedah melabur dalam Public Mutual








Skim pelaburan KWSP

Skim pelaburan KWSP membenarkan anda melabur 20% daripada baki asas akaun 1.
Antara kelebihan pelaburan daripada KWSP
1. Tidak perlu keluarkan tunai, pelaburan terus dari akaun 1 KWSP.
2. Kepelbagaian- boleh membuat pelaburan beraneka jenis dana yang diluluskan KWSP.
3.  Pertumbuhan nilai modal- berpeluang menikmati pertumbuhan hasil dari pulangan/keuntungan , disamping meningkatkan simpanan di dalam KWSP anda.


Contoh: Zulkifliey berumur 43 tahun, Berdasarkan akauun 1 terkini dalam KWSP, jumlah simpanan adalah RM300, 000.
Merujuk kepada jadual simpanan diatas, baki asas yang ditetapkan KWSP adalah RM55,000.
Pengiraan: (RM300,000-RM55,000) X 20% = RM49,000
Ini bermakna Zulkifliey layak membuat pelaburan sebanyak RM49,000 dalam Unit Amanah Public Mutual.

Simpanan bulanan

Berikut adalah carta sekiranya anda melabur RM 100 sebulan, pada pulangan 10% setahun, wang anda akan menjadi RM 20, 655 dalam masa 10 tahun. Sila rujuk rajah dibawah; melihat kadar pulangan yang berbeza-beza mengikut kadar dividen yang berbeza-beza. Sekiranya anda menyimpan RM200 sebulan, wang anda kan menjadi 2 kali ganda. RM20,655 X 2 = RM 41,330.


ASB/ASN tidak HALAL

Sama-sama kita renungkan 


Kata-kata dari PM kita


Pakej Rangsangan Kedua oleh Kerajaan

Datuk Seri Najib Razak berkata, pakej rangsangan ekonomi kedua yang disediakan kerajaan akan lebih besar jumlahnyadan terancang pengagihannya berbanding pakej pertama.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pakej rangsangan ekonomi pertama yang berjumlah RM7 bilion yang diumumkan kerajaan November lalu masih kecil untuk membantu memacu ekonomi negara ketika kegawatan ekonomi global.

“Kita tidak akan ragu-ragu untuk mengambil langkah yang drastik, malah lebih radikal, jika perlu. Dalam melindungi ekonomi dan membantu rakyat, kerajaan tidak boleh mengelak daripada berdepan dengan bajet defisit yang tinggi,” katanya ketika menyampaikan ucap tama pada majlis anugerah The Edge-Lipper-Starmine di sini, malam tadi.
Hadir sama, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Seri Zarinah Anwar dan Pengarah Urusan The Edge, Ho Kay Tat.
Difahamkan, pakej rangsangan kedua itu akan diumumkan bulan ini atau bulan depan (Mac). 

Sementara itu Najib berkata, pengurus portfolio mesti sentiasa peka dengan perkembangan industri pengurusan dana dengan melengkapkan diri dengan maklumat analisis dan kritikal.
Katanya, ia disebabkan pasaran Malaysia kini berusaha menjadi lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.

Beliau juga berkata, kemelesetan ekonomi dan keadaan pasaran yang tidak menentu tidak menjejaskan industri amanah saham di Malaysia. 

Masih ada ruang untuk industri amanah saham mengukuh sekali gus mampu bersaing di peringkat tempatan atau antarabangsa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata kemelut pasaran global yang melanda pada masa ini adalah peringatan kepada semua orang yang pelaburan itu ada risikonya.
Oleh sebab itu katanya, adalah penting pelabur kecil dan profesional berwaspada dan melengkapi sepenuhnya maklumat yang relevan sebelum membuat keputusan penting dalam mana-mana pelaburan. 

Beliau juga berkata, syarikat di Malaysia pada dasarnya berada dalam kedudukan baik berbanding syarikat di beberapa bahagian lain di dunia kerana kedudukan kewangan yang kukuh dan sistem perbankan bank negara yang mantap. 

Kita sudah belajar daripada krisis ekonomi 1997-1998 dan selepas itu mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menanganinya” katanya

Sumber: http://www.bharian.com.my
Sebagai perunding kewangan, mempertingkatkan diri dengan ilmu dan kemahiran sangat penting agar kita sentiasa mempunyai nilai daya saing yang tinggi dan dapat memeberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang melabur didalam unit amanah.

Pengurusan dan perkhidmatan selepas jualan yang baik dan memuaskan hati pelanggan akan meningkatkan lagi kredibeliti kita sebagai perunding kewangan dan juga syarikat.

Justeru, latihan profesinal yang disediakan oleh pihak pengurusan serta pasukan hendaklah diambil peluang yang baik untuk mempertingkatkan ilmu dalam bidang pengurusan kewangan.

Inisiatif kerajaan dalam memastikan keadaan ekonomi negara kita pulih dengan pakej rangsangan kedua ini amat disambut baik dan dinanti-nantikan oleh saya dan saya pasti juga kepada semua rakyat Malaysia khususnya pelabur. Dengan pakej ini, sudah semestinya akan ada petunjuk baru bagi pelabur untuk melabur, kerana dengan isu-isu positif sebegini memberikan impak yang besar dalam keputusan pelabur memasuki pasaran.

Kita juga berharap dengan kepimpinan baru Amerika dapat mengembalikan kestabilan ekonomi global yang telah memberikan kesan kepada banyak negara. Malaysia melabuhkan tirai 2008 dengan kejatuhan hampir 40%.

Bagi pelabur yang telah melabur, bersikap panik dan bertindak untuk mengeluarkan semua pelaburan adalah langkah yang tidak bijak, berikutan pasaran dalam tempoh jangka panjang akan kembali pulih. Memastikan objektif awal sewaktu membuat pelaburan dipatuhi dan dipegangi amat penting serta pengurusan oleh konsultan bagi mengurangkan risiko dan mengoptimakan pelaburan melalui pengaplikasian asset allocation dalam pengurusan pelaburan klien.

Waktu ini juga adalah dilihat amat sesuai untuk menambahkan unit dengan membuat tambahan pelaburan berikutan harga seunit amat murah. Mempertimbangkan dalam dana pelaburan yang kurang berisiko seperti bon dan juga pasaran wang adalah juga sesuai.

Apa yang pasti, mengawal perasaan panik adalah amat penting agar objektif pelaburan anda tercapai pada jangka masa panjang.

Tuesday, 10 January 2012

Dana yang dipersetujui oleh KWSP


Kenapa Pilih Public Mutual



Kemusykilan

1. Saya rasa tidak perlu membuat pelaburan ini kerana saya sudahpun pencen.
-Pencen adalah wang untuk perbelanjaan hidup setelah anda bersara. Pelaburan unit trust ini pula boleh digunakan untuk melakukan ibadah haji, menampung kos pendidikan anak-anak, untuk pergi melancong dan yang paling penting sebagai DANA KECEMASAN sekiranya berlaku perkara-perkara yang diluar jangkaan.

2. Berapakah jumlah minimum untuk memulakan pelaburan & mebuat pelaburan tambahan?
-Pelaburan minimum adalah RM1,000, dan pelabuhan tambahan RM100.

3. Adakah pelaburan sebegini halal HALAL dan berasakan syariah?
- Pelaburan unit terbahagi 2 jenis. 1. Dana konvensional yang tidak patuh syriah. 2. Dana Islamik yang patuh Syariah & HALAL. Dana Islamik akan dilaburkan di dalam syarikat-syarikat komunikasi, pengangkutan minyak, dan sebagainya.

4. Bolehkah saya mengeluarkan wang pelaburan saya dan bagaimana caranya.
- Boleh. Pelaburan tidak mempunyai tempoh matang dan pelabur boleh keluarkan bila-bila masa. Caranya mengisi borang pengeluaran ataupun secara online.

5.  Adakah wang pelaburan saya selamat? Ada kemungkinan tak wang saya akan selamat?
- Bila anda melabur duit anda akan bertukar pada unit dan unit tidak akan hilang dan berkurang.


Nilai semasa= jumlah unit X harga semasa.


Ketika harga rendah, anda tidak akan mengalami sebarang kerugian sekiranya anda tidak jual pelaburan anda. Malah anda jual ketika harga sedang tinggi, anda akan mendapat pulangan yang sangat baik!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...