Pakej Rangsangan Kedua oleh Kerajaan
Datuk Seri Najib Razak berkata, pakej rangsangan ekonomi kedua yang disediakan kerajaan akan lebih besar jumlahnyadan terancang pengagihannya berbanding pakej pertama.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pakej rangsangan ekonomi pertama yang berjumlah RM7 bilion yang diumumkan kerajaan November lalu masih kecil untuk membantu memacu ekonomi negara ketika kegawatan ekonomi global.
“Kita tidak akan ragu-ragu untuk mengambil langkah yang drastik, malah lebih radikal, jika perlu. Dalam melindungi ekonomi dan membantu rakyat, kerajaan tidak boleh mengelak daripada berdepan dengan bajet defisit yang tinggi,” katanya ketika menyampaikan ucap tama pada majlis anugerah The Edge-Lipper-Starmine di sini, malam tadi.

Difahamkan, pakej rangsangan kedua itu akan diumumkan bulan ini atau bulan depan (Mac).
Sementara itu Najib berkata, pengurus portfolio mesti sentiasa peka dengan perkembangan industri pengurusan dana dengan melengkapkan diri dengan maklumat analisis dan kritikal.
Sementara itu Najib berkata, pengurus portfolio mesti sentiasa peka dengan perkembangan industri pengurusan dana dengan melengkapkan diri dengan maklumat analisis dan kritikal.
Katanya, ia disebabkan pasaran Malaysia kini berusaha menjadi lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.
Beliau juga berkata, kemelesetan ekonomi dan keadaan pasaran yang tidak menentu tidak menjejaskan industri amanah saham di Malaysia.
“Masih ada ruang untuk industri amanah saham mengukuh sekali gus mampu bersaing di peringkat tempatan atau antarabangsa,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata kemelut pasaran global yang melanda pada masa ini adalah peringatan kepada semua orang yang pelaburan itu ada risikonya.
Beliau juga berkata, syarikat di Malaysia pada dasarnya berada dalam kedudukan baik berbanding syarikat di beberapa bahagian lain di dunia kerana kedudukan kewangan yang kukuh dan sistem perbankan bank negara yang mantap.
“Kita sudah belajar daripada krisis ekonomi 1997-1998 dan selepas itu mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menanganinya” katanya
Sumber: http://www.bharian.com.my
Sebagai perunding kewangan, mempertingkatkan diri dengan ilmu dan kemahiran sangat penting agar kita sentiasa mempunyai nilai daya saing yang tinggi dan dapat memeberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang melabur didalam unit amanah.
Pengurusan dan perkhidmatan selepas jualan yang baik dan memuaskan hati pelanggan akan meningkatkan lagi kredibeliti kita sebagai perunding kewangan dan juga syarikat.
Justeru, latihan profesinal yang disediakan oleh pihak pengurusan serta pasukan hendaklah diambil peluang yang baik untuk mempertingkatkan ilmu dalam bidang pengurusan kewangan.
Inisiatif kerajaan dalam memastikan keadaan ekonomi negara kita pulih dengan pakej rangsangan kedua ini amat disambut baik dan dinanti-nantikan oleh saya dan saya pasti juga kepada semua rakyat Malaysia khususnya pelabur. Dengan pakej ini, sudah semestinya akan ada petunjuk baru bagi pelabur untuk melabur, kerana dengan isu-isu positif sebegini memberikan impak yang besar dalam keputusan pelabur memasuki pasaran.
Kita juga berharap dengan kepimpinan baru Amerika dapat mengembalikan kestabilan ekonomi global yang telah memberikan kesan kepada banyak negara. Malaysia melabuhkan tirai 2008 dengan kejatuhan hampir 40%.
Bagi pelabur yang telah melabur, bersikap panik dan bertindak untuk mengeluarkan semua pelaburan adalah langkah yang tidak bijak, berikutan pasaran dalam tempoh jangka panjang akan kembali pulih. Memastikan objektif awal sewaktu membuat pelaburan dipatuhi dan dipegangi amat penting serta pengurusan oleh konsultan bagi mengurangkan risiko dan mengoptimakan pelaburan melalui pengaplikasian asset allocation dalam pengurusan pelaburan klien.
Waktu ini juga adalah dilihat amat sesuai untuk menambahkan unit dengan membuat tambahan pelaburan berikutan harga seunit amat murah. Mempertimbangkan dalam dana pelaburan yang kurang berisiko seperti bon dan juga pasaran wang adalah juga sesuai.
Apa yang pasti, mengawal perasaan panik adalah amat penting agar objektif pelaburan anda tercapai pada jangka masa panjang.
No comments:
Post a Comment